Tom Khaa (Tomyam Santan) yg sedap !! Bini yg solehah wajib kena try utk ambil hati si suami yg hensem !! Bahan-bahan diperlukan:
4 cawan air biasa
Sebatang serai Dihiris halus2
4-5 hiris lengkuas. Nk guna yg kering pun boleh.
4 sudu minyak cili. Klau xde, guna Tom yam paste pun boleh
5 biji cili padi
Daun ketumbar - skali dengan akarnya
6 ekor udang XL (optional)
Dada ayam dipotong (optional)
1/2 cawan santan
Sayur (terpulang nak ape)
6 sudu sos ikan
3 helai daun limau purut (dipotong dua atau dikoyak)
1/2 biji lemon dan sebiji limau nipis
1 ketul tauhu (potong jd cube)
Cara menyediakan dan memasak:
- Isi air biasa kedalam periuk. Masukkan sekali akar daun ketumbar. Biarkan air mendidih.
- Bila air dah mendidih dan bau ketumbar dh naik, masukkan daun limau purut, serai dan lengkuas. Biarkan seketika.
- Bila dah agak 1 minit, masukkan daun ketumbar yg dihiris serta minyak cili dalam 3 sudu. Klau xde minyak cili, masukkan Tom yam paste je. Sos ikan masukkan juga.
- Biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan ayam dan udang
- Masukkan santan. Biarkan mendidih.
- Bila dah biar dlm seminit, masukkan sayur dan tauhu.
- Biarkan dlm 1-2 minit. Kacau kadang2.
-Dalam bekas utk hidang, masukkan air jus lemon dan limau tadi, juga cili oil or Tom yam paste (seeloknya minyaknya shj- 1/2 sudu kecil). Daun ketumbar dan cili padi
-Bila Tom yam tadi dah menggelegak, tutup api & sedia utk dihidangkan.
Jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
No comments:
Post a Comment